Thursday, November 26, 2015

Analisa Puisi Ancestral Faces: Ciri-Ciri Negritude Dan Pasca-Kolonialisme.

Terdapat dua teori yang boleh digunakan dalam mengkaji dan memahami puisi ini. Teori yang pertama ialah, teori pergerakan Negritude. Salah satu unsur yang terdapat di dalam teori ini ialah, doktrinisasi bangsa. Perkara ini jelas ditonjolkan di dalam puisi ini pada rangkap berikut:
They could not hide the moss on the bald pate
Of their reverent heads;
And the gnarled barks of wawa tree;
Nor the rust on the ancient state-swords;
Nor the skulls studded with grinning cowries;

                                            (The Shadows of Laughter)

            Petikan di atas menunjukkan identiti bangsa yang cuba disampaikan pengarang kepada khalayak. Baris pertama dan kedua dalam petikan di atas menunjukkan bahawa nenek moyang mereka tidak dapat menyorokkan identiti diri mereka seperti kepala yang botak dan rambut yang kelihatan seakan-akan berlumut dan hal ini juga merujuk kepada semua masyarakat Afrika kerana mereka mempunyai fizikal yang sama.
            Bagi baris ketiga, keempat dan kelima pula, menunjukkan siapa sebenarnya bangsa Afrika. Mereka sebenarnya seorang yang gagah pada suatu ketika dahulu. Perkara ini dapat dilihat pada perkataan, ancient state-swords” yang menunjukkan bahawa ada diantara mereka sebenarnya seorang pahlawan yang mempunyai pedang. Tambahan lagi, “skulls studded with grinning cowries” menguatkan lagi perkara ini. Jika dilihat pada zaman dahulu, mereka akan memenggal kepala musuh mereka dan menyimpannya sama ada di rumah mahupun diikat pada pinggang mereka.
Contoh: Kepala musuh yang dipenggal
            Frasa-frasa yang terdapat pada puisi di atas jelas menunjukkan doktrinisasi bangsa sedang dilakukan. Pengarang mengingatkan kembali siapa nenek moyang mereka dan mahu membangkitkan semangat dan kepahlawanan yang pernah wujud dalam diri bangsa mereka untuk bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap mereka.
            Unsur yang seterusnya ialah berkenaan dengan kepercayaan berkenaan nenek moyang yang dipercayai oleh mereka. Pengarang menekankan hal ini dan mengangkat martabat nenek moyang mereka. Perkara ini dapat dilihat pada baris berikut:
They could not silent the drums,
The fibre of their soul and ours-
The drums that whisper to us behind the black sinewy hands.
                                            (The Shadows of Laughter)
            Seperti yang digambarkan pada bab di atas, orang-orang Afrika percaya bahawa nenek moyang mereka yang telah meninggalkan dunia ini masih mempunyai hubungan dengan mereka seperti menjaga dan memberi arah panduan kepada mereka. Hal ini ditonjolkan di dalam baris-baris di atas iaitu penulis menyatakan bahawa semangat yang di bawa oleh nenek moyang mereka (drums) tidak pernah padam.
            Semangat inilah yang terus ditiupkan atau dibisikkan oleh mereka kepada anak cucu mereka dan jelas menunjukkan kewujudan roh mereka adalah salah satunya untuk memberi penunjuk arah kepada mereka yang masih hidup. Perkara ini dapat dilihat pada baris ketiga petikan di atas.
            Unsur yang terakhir ialah, di dalam puisi negritude, perlulah mempunyai kekayaan nilai dan budaya masyarakat Afrika yang tinggi. Unsur ini juga wujud di dalam puisi ini dan pada pandangan kami, hampir semua baris-baris di dalam puisi ini menunjukkan kekayaan nilai budaya masyarakat Afrika. Perkara ini dapat dilihat apabila pengarang menunjukkan kekayaan budaya yang dimiliki seperti budaya kepahlawanan nenek moyang dan kepercayaan terhadap nenek moyang.
            Bagi ciri-ciri teori pasca-kolonialisme dalam teks puisi tersebut ialah pengarang menulis berkaitan nenek moyang mereka selepas penjajahan berada di bumi mereka. Nenek moyang yang dianggap sebagai sesuatu yang berharga dan perlu dihormati. Walaupun nenek moyang sudah meninggal dunia, namun semangat dan roh mereka tetap hadir di kalangan mereka. Mereka akan menyiasat atau mengetahui mengenai nenek moyang mereka, iaitu tradisi dan amalan lama yang tidak pernah hilang. Melalui perkara tersebut, memperlihatkan kesedaran masyarakat terhadap khazanah berharga dan bernilai ini dan daripada nenek moyang ini mereka dapat mengenali bangsa mereka sendiri yang sudah dihapuskan oleh penjajah semasa zaman kolonial sebelumnya menerusi pendidikan dan penghapusan budaya. 
            Selain itu, pengarang juga merasakan mereka perlu membebaskan diri daripada kemiskinan, taraf pendidikan dan pembangunan yang mundur. Pengaruh kemajuan barat juga telah membuka mata masyarakat Afrika untuk mempertingkat taraf kehidupan mereka supaya seiring dengan kemajuan yang dikecapi Eropah. Dengan berbekalkan ilmu oleh ahli akademik atau ahli politik yang kuat dan semangat nasional yang dipupuk oleh pengarang terhadap anak-anak muda.
            Pengarang menyeru anak-anak muda mereka untuk sama-sama melihat atau membuat penyelidikan terhadap bangsa nenek moyang mereka tanpa pengetahuan penjajah. Seterusnya perkara ini akan membawa kepada perjuangan untuk mendapat kemerdekaan selepas itu. Pengarang juga percaya bahawa kemunculan atau penghidupan budaya mereka semula adalah satu kekuatan baru untuk menaikkan semangat untuk cintakan negara seterusnya membakar semangat anak-anak muda. Brew seorang yang mencintai khazanah tradisi mereka dan berasa kesal dengan khazanah yang terbiar dan berkarat seperti pedang negara.
“Nor the rust on the ancient state-swords;”


Tuesday, November 24, 2015

Teori Pasca-Kolonialisme

Terdapat ramai penulis yang mendefinisikan pasca-kolonialisme sebagai suatu masa selepas negara tersebut mengalami kemerdekaan daripada penjajah. Namun begitu, menurut Rahimah A. Hamid (2010: 84) pasca-kolonialisme boleh di tafsirkan sebagai konsep dan pemikiran yang melatarbelakangi pemaknaan pascakolonial ialah pertembungan di antara penjajah dengan yang di jajah dan kesan penjajahan terhadap budaya anak watan tanah jajahan, sejak era dan proses penjajahan itu bermula sehinggalah kini. Melihat pula sisi lain terhadap pasca-kolonial dari pandangan barat. Sebelum Pasca-kolonial wujud, wacana-wacana orientalisme di mana pihak penjajah iaitu negara barat sendiri menghalalkan kolonialisme dengan menampakkan penjajahan mereka ke atas negara yang lemah atau negara Dunia Ketiga.

            Selain itu, pasca-kolonial juga boleh dikaitkan dengan dekolonisasi di dalam buku The Wretched Of The Earth oleh Frantz Fanon. Pembahagian pusat di antara negara settler colonies dengan negara non-settler colonies. Sebagai satu negara yang dijajah , iaitu Afrika sendiri, penjajah telah memegang kawasan jajahannya mengikut apa yang telah di rancang dan corak penjajahannya. Rahimah A. Hamid (2010: 85) mengatakan di negara-negara seperti Algeria, Kenya, Zimbabwe dan Vietnam, tindakan dekolonisasi disifatkan berlaku secara ganas dan kejam. Perkara ini bersangkutan juga di negara Afrika yang lain seperti di Ghana.
            Disebabkan hal tersebut memungkinkan penduduk yang dijajah merasa takut dan terpaksa mengikut rentak penjajah yang telah menjajah mereka. Penjajah yang berlagak dan merasakan mereka hebat telah memupuskan budaya dan identiti penduduk tempatan dengan memasukkan ideologi kolonial mereka.
            Seterusnya, (Mishra dan Hodge, 1994: 284) (dalam buku Rahimah A. Hamid) menyatakan bahawa pasca-kolonial adalah difokuskan kepada karya-karya berbentuk tentangan yang lahir di negara-negara bekas tanah jajahan selepas merdeka. Buktinya, terdapat pelbagai karya dalam pelbagai genre yang menunjukkan kebangkitan rakyat tempatan terhadap penjajah dan menghargai pejuang-pejuang mereka di dalam membebaskan diri daripada penjajahan orientalism dan kolonialisme barat.
            Terdapat pelbagai cara penjajah barat untuk memasukkan ideologi kolonial terhadap bangsa yang di jajah. Antaranya adalah daripada bahasa. Mereka amat mementingkan bahasa Inggeris di dalam pembelajaran anak-anak bangsa dijajah. Di dalam pembelajaran mereka menerapkan sistem kolonial di mana bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi pembelajaran. Hal ini juga bertepatan bagi penulis-penulis yang lain yang mendapat pendidikan barat seperti Kwesi Brew, Abdul Adan dan Léopold Sédar Senghor. Contohnya, Ngugi Wa Thiong’o ( 1986: 12) menceritakan bahawa bahasa Inggeris menjadi salah satu bahasa yang dipandang tinggi oleh sesiapa yang dapat menguasainya. 
            Teori ini memberi perhatian kepada apa yang disebut budaya pribumi yang merupakan budaya tertindas dari kuasa kolonialisme, juga teori ini berkaitan dengan perwakilan bangsa, etnik dan pembentukan negara-bangsa (Yani Kusmarni). Menurut Edward Said, orientalisme merupakan gaya Barat untuk mendominasi, mengambil kembali dan menguasai Timur. Orientalism juga adalah titik permulaan untuk pasca-kolonial berkembang daripada penduduk yang dijajah. Oleh itu, kami akan huraikan di dalam analisis karya pada berikutnya bagaimana pasca-kolonial dapat di bangkitkan oleh penduduk tempatan terhadap penjajah.

Thursday, November 12, 2015

Pergerakan Negritude Dan Pan-Afrika

Negritude merupakan sebuah pergerakan yang di asaskan pada tahun 1934 di Paris, Perancis oleh tiga orang pelajar. Kisah bermula apabila Leopold Sedar Senghor, Leon Damas dan Aime Cesaire menubuhkan jurnal yang berjudul L’Etudient Noir. Perkataan Negritude telah wujud buat pertama kalinya di dalam jurnal ini. Menurut Syilvia Washington (1973), L’Etudient Noir telah ditujukan kepada semua masyarakat berkulit hitam dan boleh dilihat pada petikan berikut:
              “If the two reviews had know the same influences they differed nevertheless on several points. L’Etudient Noir asserted the priority as well as the primacy of the cultural reality.”
            Menurut Syilvia Washington (1973) lagi, kewujudan idea Negritude ini juga berdasarkan perasaan terbuang dan rasa terasing beberapa orang pelajar di Perancis yang berasal dari negara Afrika mahupun Pan-Afrika. Mereka ini terdiri daripada bangsa asal Afrika dan Pan-Afrika. Kehidupan mereka tidak tenang kerana seringkali dijadikan alat diskriminasi oleh masyarakat berkulit putih. Oleh itu, mereka bangkit untuk menuntut keadilan terhadap bangsa mereka yang selama ini dipandang hina dan rendah.
            Situasi di atas juga dapat dilihat melalui kata-kata yang disampaikan oleh Thomas Hodgkin yang telah dipetik oleh R.N.Egudu (1978)  di mana beliau percaya bahawa orang Negro di dunia ini membawa nilai yang tertentu dan tuntutan nilai ini adalah disebabkan oleh emansipasi Negro yang dibentuk melalui diskriminasi bangsa dan penganiayaan yang dikenakan terhadap mereka.
                Menggunakan ideologi Negritude, golongan ini menggerakkan satu pergerakan yang di bentuk untuk mewakili suara orang berkulit hitam bagi memperjuangkan hak mereka yang sebenar. Medium kesusasteraan digunakan untuk menyampaikan ideologi ini di mana elemen-elemen Negritude dimasukkan ke dalam karya kesusasteraan. Pergerakan yang kompleks ini mengutuk kolonialisme dan menolak dominasi barat dan mempromosikan penerimaan diri sebagai manusia berkulit hitam serta kesedaran pada setiap orang berkulit hitam yang sebenarnya mereka milik kepada bangsa berkulit hitam serta tidak keseorangan. Selain itu, mereka juga cuba mengekang proses asimilasi yang dikenakan ke atas mereka oleh penjajah Barat.
Simbolik kepada Negritude.

            Proses asimilasi yang dimaksudkan ialah lebih kepada penghapusan identiti bangsa masyarakat Afrika itu sendiri. Oleh sebab itu, menurut R.N. Egudu (1978) beliau menyatakan bahawa Senghor telah meluaskan definisi Negritude. Salah satunya ialah, doktrinisasi indentiti. Melalui doktrinisasi ini, bangsa Afrika akan mempunyai identiti yang kukuh dan tidak mudah terpengaruh dengan ideologi yang dibawa barat kerana apabila mereka mula mengenal identiti bangsa maka semangat sayangkan bangsa akan terus subur di hati mereka.
            Masyarakat Afrika misalnya mempunyai kepercayaan mereka yang tersendiri berbeza dengan masyarakat di tempat lain. Contoh yang boleh dilihat ialah kepercayaan mengenai kematian. R.N. Egudu (1978)  berkata bahawa idea berkenaan kematian tidaklah dikaitkan dengan sesuatu yang seram. Mereka percaya bahawa nenek moyang yang sudah meninggalkan merupakan penjaga kepada ketatasusilaan mereka di mana nenek moyang akan menjadi penunjuk arah dan pelindung. Perkara ini menunjukkan sebuah bangsa yang kaya dengan kepercayaan yang tersendiri dan perkara ini yang cuba ditonjolkan oleh Senghor dan rakan-rakannya.
            Menurut R.N. Egudu (1978)  lagi, pemuisi yang mahu menulis berkaitan Afrika perlulah menunjukkan puisi yang mengandungi sesuatu yang kaya dan bernilai dalam kebudayaan dan alam sekitarnya. Perkara ini membantu dalam mewujudkan dan menunjukkan kepada dunia serta masyarakat Afrika itu sendiri bahawa nilai kemanusiaan dan budaya mereka sememangnya wujud dan tidak seperti yang diperkatakan oleh Barat. Secara keseluruhannya, konsep dan pergerakan Negritude ini adalah untuk menaikkan semangat bangsa. 

Wednesday, November 11, 2015

Puisi: Ancestral Faces (The Shodows of Laughter) by Kwesi Brew

They sneaked into the limbo of time,
But could not muffle the gay jinling
Brass bells on the frothy necks
Of the sacrificial sheep that limped after them;
They could not hide the moss on the bald pate
Of their reverent heads;
And the gnarled barks of wawa tree;
Nor the rust on the ancient state-swords;
Nor the skulls studded with grinning cowries;
They could not silent the drums,
The fibre of their soul and ours-
The drums that whisper to us behind the black sinewy hands.
They gazed and
Sweeping like while locusts through the forests
Saw the same men, slightly wizened,
Shuffle their sandalled feet to the same rhythms,
They heard the same word of wisdom uttered
Between puffs of pale blue smoke:
They saw us,
And said: They have not changed!*

*PUISI ANCESTRAL FACES, THE SHODOWS OF LAUGHTER, KWESI BREW-1968


Puisi diatas adalah salah sebuah puisi daripada buku The Shadows of Laughter oleh Kwesi Brew. Buku ini di katakan antara buku yang mempunyai koleksi puisi-puisi yang terbaik dalam penulisan Kwesi Brew. Koleksi puisi-puisi yang terdapat dalam koleksi ini dipengaruhi oleh faktor masysrakat Afrika, persekitaran Afrika, norma mereka, dan tradisi yang terdapat pada mereka. Puisi Ancestral Faces menceritakan penyelidikan terhadap nenek moyang mereka yang dilakukan tanpa pengetahuan penjajah. Melalui puisi ini, kita dapat mengetahui bahawa bahawa warisan dan khazanah nenek moyang masyarakat Afrika sangat kaya dan tinggi nilainya.

Kritikan yang dikemukan oleh kami berdasarkan puisi ini ialah walaupun dalam puisi ini tidak menyebut siapa “they”, tetapi berdasarkan tajuk puisi ini  Ancestral Faces kami membawa satu pandangan bahawa “they” adalah nenek moyang. Berdasarkan puisi tersebut juga, hanya penyair mengetahui bahawa nenek moyang menyelinap ke arah orang ramai yang terlibat dalam upacara pengebumian dan untuk memantau sama ada keturunannya yang masih hidup bertindak mengikut tradisi yang di amalkan. Dalam baris terakhir dalam puisi ini menjelaskan bahawa di mata nenek moyang mereka yang meninggal, hidup tidak pernah "berubah" dari cara zalim mereka. Contohnya mengamalkan upacara penggal kepala.


            They saw us, And said: They have not changed!

Kepala musuh.

Adat Memenggal kepala.





Wednesday, November 4, 2015

Pengarang: Kwesi Brew

Kwesi Brew

Kwesi Brew dilahirkan pada tahun 1928 di Cape Coast (sekarang dikenali Ghana). Beliau dibesarkan oleh KJ Dickens, seorang pegawai pendidikan British selepas ibu bapa Kwesi Brew meninggal dunia. Kwesi Brew juga dikenali dengan panggilan Osborne Henry. Kwesi Brew adalah salah seorang graduan pertama dari Kolej Universiti di Gold Coast pada tahun 1951. Semenjak beliau menjadi pelajar, beliau sangat aktif mengambil bahagian dalam aktiviti kolej terutamanya dalam bahagian kesusasteraan dan selalu bereksperimen dengan puisi, prosa dan drama. 

Puisi beliau muncul dalam jurnal sastera Ghana Okyeame, serta beberapa antologi penting di Afrika. Kwesi Brew telah diambil untuk perkhidmatan diplomatik di Ghana pada awalnya dan bekerja di United Kingdom, Perancis, Jerman, India dan U.S.S.R., sebelum berkhidmat sebagai duta di Mexico, Lebanon dan Senegal. Beliau meninggal dunia pada tahun 2007 (79 tahun) ketika beliau menjawat jawatan di sektor awam di Ghana dan sewaktu beliau menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Antara karya-karya beliau yang masih popular adalah;
o   The Shadows of Laugther, 1969.
o   Arfican Panorama and other Poems, 1981.
o   Return of No Return and other Poems,1995. (karya ini dihasilkan oleh Brew untuk menghargai penulis Amerika, Maya Angelou dan penulis dari Ghana yang sama sama membantu dalam mengubah persepsi orang Eropah terhadap orang Afrika.)
o   The Clan of the Leopard and other Poems, 1996.


Karya Beliau

Tuesday, November 3, 2015

Latar Belakang Kesusasteraan Afrika.

Benua Afrika adalah benua kedua terbesar dan kedua tertinggi dalam populasi penduduk di dunia selepas benua Asia. Di benua Afrika terdapat lebih daripada satu bilion penduduk dalam ke semua 61 wilayah, iaitu merangkumi sekitar 14.72% daripada populasi penduduk di dunia.

Peta Benua Afrika.
Kesusasteraan Afrika termasuk kesemua hasil karya daripada pelbagai wilayah di benua Afrika. Karya mereka terdiri daripada pelbagai bahasa dan genre yang meliputi kesusasteraan lisan hingga ke tulisan yang ditulis dalam bahasa Afrika tradisional seperti Hausa dan bahasa penjajah (bahasa Perancis, Portugal, dan Inggeris). Kesusasteraan Afrika yang pertama adalah pada sekitar 2300-2100. Hal ini bermula apabila orang Mesir purba mula menggunakan teks perkuburan untuk mengiringi orang yang meninggal dunia termasuk karya awalnya, Memphite Declaration of Deities. Kesusasteraan lisan Afrika meliputi pelbagai bentuk; perumpamaan, teka-teki, penceritaan semula epik, nyanyian lagu dan cerita rakyat.

Antara karya penulis Afrika yang terkenal.


Chinua Achebe
Pada zaman penjajahan, tradisi karya lisan Afrika dan karya-karya bertulis Afrika berada di bawah ancaman pihak luar. Eropah mewajarkan diri mereka dengan etika agama Kristian dan cuba untuk memusnahkan "kafir" dan "primitif" budaya Afrika, untuk menjadikan mereka sebagai hamba abdi.

Negara Afrika telah mencapai kemerdekaan mereka pada tahun 1950-an dan 1960-an, kesusasteraan Afrika telah berkembang secara mendadak dalam kuantiti karya dan pengiktirafan-pengiktirafan dunia. 

Terdapat tujuh konflik utama sebagai tema iaitu:
  1. Pertembungan antara Afrika lalu dan masa kini.
  2. Antara tradisi dan moden.
  3. Antara asli dan luar negara.
  4. Antara individualisme dan masyarakat.
  5. Antara sosialisme dan kapitalisme.
  6. Antara pembangunan dan berdikari.
  7. Antara Africanity dan umat manusia.
Tema-tema lain dalam tempoh ini termasuk masalah sosial seperti rasuah, jurang ekonomi di negara-negara yang baru merdeka, dan hak dan peranan wanita.