Terdapat dua teori yang boleh
digunakan dalam mengkaji dan memahami puisi ini. Teori yang pertama ialah,
teori pergerakan Negritude. Salah satu unsur yang terdapat di dalam teori ini
ialah, doktrinisasi bangsa. Perkara ini jelas ditonjolkan di dalam puisi ini
pada rangkap berikut:
They
could not hide the moss on the bald pate
Of their
reverent heads;
And the
gnarled barks of wawa tree;
Nor the rust
on the ancient state-swords;
Nor the skulls
studded with grinning cowries;
(The Shadows
of Laughter)
Petikan di atas
menunjukkan identiti bangsa yang cuba disampaikan pengarang kepada khalayak.
Baris pertama dan kedua dalam petikan di atas menunjukkan bahawa nenek moyang
mereka tidak dapat menyorokkan identiti diri mereka seperti kepala yang botak
dan rambut yang kelihatan seakan-akan berlumut dan hal ini juga merujuk kepada
semua masyarakat Afrika kerana mereka mempunyai fizikal yang sama.
Bagi baris ketiga,
keempat dan kelima pula, menunjukkan siapa sebenarnya bangsa Afrika. Mereka
sebenarnya seorang yang gagah pada suatu ketika dahulu. Perkara ini dapat
dilihat pada perkataan, “ancient
state-swords” yang
menunjukkan bahawa ada diantara mereka sebenarnya seorang pahlawan yang mempunyai
pedang. Tambahan lagi, “skulls studded
with grinning cowries” menguatkan lagi perkara ini. Jika dilihat pada zaman
dahulu, mereka akan memenggal kepala musuh mereka dan menyimpannya sama ada di
rumah mahupun diikat pada pinggang mereka.
![]() |
Contoh: Kepala musuh yang dipenggal |
Frasa-frasa yang terdapat pada puisi
di atas jelas menunjukkan doktrinisasi bangsa sedang dilakukan. Pengarang
mengingatkan kembali siapa nenek moyang mereka dan mahu membangkitkan semangat
dan kepahlawanan yang pernah wujud dalam diri bangsa mereka untuk bangkit menentang
kezaliman yang dilakukan terhadap mereka.
Unsur yang seterusnya ialah
berkenaan dengan kepercayaan berkenaan nenek moyang yang dipercayai oleh
mereka. Pengarang menekankan hal ini dan mengangkat martabat nenek moyang
mereka. Perkara ini dapat dilihat pada baris berikut:
They
could not silent the drums,
The
fibre of their soul and ours-
The
drums that whisper to us behind the black sinewy hands.
(The Shadows of Laughter)
Seperti yang digambarkan pada bab di
atas, orang-orang Afrika percaya bahawa nenek moyang mereka yang telah
meninggalkan dunia ini masih mempunyai hubungan dengan mereka seperti menjaga
dan memberi arah panduan kepada mereka. Hal ini ditonjolkan di dalam baris-baris
di atas iaitu penulis menyatakan bahawa semangat yang di bawa oleh nenek moyang
mereka (drums) tidak pernah padam.
Semangat inilah yang terus ditiupkan
atau dibisikkan oleh mereka kepada anak cucu mereka dan jelas menunjukkan
kewujudan roh mereka adalah salah satunya untuk memberi penunjuk arah kepada
mereka yang masih hidup. Perkara ini dapat dilihat pada baris ketiga petikan di
atas.
Unsur yang terakhir ialah, di dalam
puisi negritude, perlulah mempunyai kekayaan nilai dan budaya masyarakat Afrika
yang tinggi. Unsur ini juga wujud di dalam puisi ini dan pada pandangan kami,
hampir semua baris-baris di dalam puisi ini menunjukkan kekayaan nilai budaya
masyarakat Afrika. Perkara ini dapat dilihat apabila pengarang menunjukkan
kekayaan budaya yang dimiliki seperti budaya kepahlawanan nenek moyang dan
kepercayaan terhadap nenek moyang.
Bagi ciri-ciri teori
pasca-kolonialisme dalam teks puisi tersebut ialah pengarang menulis berkaitan
nenek moyang mereka selepas penjajahan berada di bumi mereka. Nenek moyang yang
dianggap sebagai sesuatu yang berharga dan perlu dihormati. Walaupun nenek
moyang sudah meninggal dunia, namun semangat dan roh mereka tetap hadir di
kalangan mereka. Mereka akan menyiasat atau mengetahui mengenai nenek moyang
mereka, iaitu tradisi dan amalan lama yang tidak pernah hilang. Melalui perkara
tersebut, memperlihatkan kesedaran masyarakat terhadap khazanah berharga dan
bernilai ini dan daripada nenek moyang ini mereka dapat mengenali bangsa mereka
sendiri yang sudah dihapuskan oleh penjajah semasa zaman kolonial sebelumnya
menerusi pendidikan dan penghapusan budaya.
Selain itu, pengarang juga merasakan
mereka perlu membebaskan diri daripada kemiskinan, taraf pendidikan dan
pembangunan yang mundur. Pengaruh kemajuan barat juga telah membuka mata
masyarakat Afrika untuk mempertingkat taraf kehidupan mereka supaya seiring
dengan kemajuan yang dikecapi Eropah. Dengan berbekalkan ilmu oleh ahli
akademik atau ahli politik yang kuat dan semangat nasional yang dipupuk oleh
pengarang terhadap anak-anak muda.
Pengarang menyeru anak-anak muda
mereka untuk sama-sama melihat atau membuat penyelidikan terhadap bangsa nenek
moyang mereka tanpa pengetahuan penjajah. Seterusnya perkara ini akan membawa
kepada perjuangan untuk mendapat kemerdekaan selepas itu. Pengarang juga
percaya bahawa kemunculan atau penghidupan budaya mereka semula adalah satu
kekuatan baru untuk menaikkan semangat untuk cintakan negara seterusnya
membakar semangat anak-anak muda. Brew seorang yang mencintai khazanah tradisi
mereka dan berasa kesal dengan khazanah yang terbiar dan berkarat seperti
pedang negara.
“Nor
the rust on the ancient state-swords;”
No comments:
Post a Comment