Kwesi Brew
Kwesi
Brew dilahirkan pada tahun 1928 di Cape Coast (sekarang dikenali Ghana). Beliau dibesarkan oleh KJ Dickens,
seorang pegawai pendidikan British selepas ibu bapa Kwesi Brew meninggal
dunia. Kwesi Brew juga dikenali dengan panggilan Osborne Henry. Kwesi Brew adalah salah seorang graduan pertama dari
Kolej Universiti di Gold Coast pada tahun 1951. Semenjak beliau menjadi
pelajar, beliau sangat aktif mengambil bahagian dalam aktiviti kolej
terutamanya dalam bahagian kesusasteraan dan selalu bereksperimen dengan
puisi, prosa dan drama.
Puisi beliau muncul dalam jurnal sastera Ghana Okyeame,
serta beberapa antologi penting di Afrika. Kwesi Brew telah diambil untuk perkhidmatan diplomatik di Ghana pada awalnya
dan bekerja di United Kingdom, Perancis, Jerman, India dan U.S.S.R., sebelum
berkhidmat sebagai duta di Mexico, Lebanon dan Senegal. Beliau
meninggal dunia pada tahun 2007 (79
tahun) ketika beliau menjawat jawatan di sektor awam di Ghana dan sewaktu
beliau menjadi ahli perniagaan yang berjaya.
Antara
karya-karya beliau yang masih popular adalah;
o The
Shadows of Laugther, 1969.
o Arfican
Panorama and other Poems, 1981.
o
Return of No Return
and other Poems,1995.
(karya ini
dihasilkan oleh Brew untuk menghargai penulis Amerika, Maya Angelou dan penulis
dari Ghana yang sama sama membantu dalam mengubah persepsi orang Eropah terhadap
orang Afrika.)
o The
Clan of the Leopard and other Poems, 1996.
|
No comments:
Post a Comment