Tuesday, November 3, 2015

Latar Belakang Kesusasteraan Afrika.

Benua Afrika adalah benua kedua terbesar dan kedua tertinggi dalam populasi penduduk di dunia selepas benua Asia. Di benua Afrika terdapat lebih daripada satu bilion penduduk dalam ke semua 61 wilayah, iaitu merangkumi sekitar 14.72% daripada populasi penduduk di dunia.

Peta Benua Afrika.
Kesusasteraan Afrika termasuk kesemua hasil karya daripada pelbagai wilayah di benua Afrika. Karya mereka terdiri daripada pelbagai bahasa dan genre yang meliputi kesusasteraan lisan hingga ke tulisan yang ditulis dalam bahasa Afrika tradisional seperti Hausa dan bahasa penjajah (bahasa Perancis, Portugal, dan Inggeris). Kesusasteraan Afrika yang pertama adalah pada sekitar 2300-2100. Hal ini bermula apabila orang Mesir purba mula menggunakan teks perkuburan untuk mengiringi orang yang meninggal dunia termasuk karya awalnya, Memphite Declaration of Deities. Kesusasteraan lisan Afrika meliputi pelbagai bentuk; perumpamaan, teka-teki, penceritaan semula epik, nyanyian lagu dan cerita rakyat.

Antara karya penulis Afrika yang terkenal.


Chinua Achebe
Pada zaman penjajahan, tradisi karya lisan Afrika dan karya-karya bertulis Afrika berada di bawah ancaman pihak luar. Eropah mewajarkan diri mereka dengan etika agama Kristian dan cuba untuk memusnahkan "kafir" dan "primitif" budaya Afrika, untuk menjadikan mereka sebagai hamba abdi.

Negara Afrika telah mencapai kemerdekaan mereka pada tahun 1950-an dan 1960-an, kesusasteraan Afrika telah berkembang secara mendadak dalam kuantiti karya dan pengiktirafan-pengiktirafan dunia. 

Terdapat tujuh konflik utama sebagai tema iaitu:
  1. Pertembungan antara Afrika lalu dan masa kini.
  2. Antara tradisi dan moden.
  3. Antara asli dan luar negara.
  4. Antara individualisme dan masyarakat.
  5. Antara sosialisme dan kapitalisme.
  6. Antara pembangunan dan berdikari.
  7. Antara Africanity dan umat manusia.
Tema-tema lain dalam tempoh ini termasuk masalah sosial seperti rasuah, jurang ekonomi di negara-negara yang baru merdeka, dan hak dan peranan wanita. 

No comments:

Post a Comment