Tuesday, November 24, 2015

Teori Pasca-Kolonialisme

Terdapat ramai penulis yang mendefinisikan pasca-kolonialisme sebagai suatu masa selepas negara tersebut mengalami kemerdekaan daripada penjajah. Namun begitu, menurut Rahimah A. Hamid (2010: 84) pasca-kolonialisme boleh di tafsirkan sebagai konsep dan pemikiran yang melatarbelakangi pemaknaan pascakolonial ialah pertembungan di antara penjajah dengan yang di jajah dan kesan penjajahan terhadap budaya anak watan tanah jajahan, sejak era dan proses penjajahan itu bermula sehinggalah kini. Melihat pula sisi lain terhadap pasca-kolonial dari pandangan barat. Sebelum Pasca-kolonial wujud, wacana-wacana orientalisme di mana pihak penjajah iaitu negara barat sendiri menghalalkan kolonialisme dengan menampakkan penjajahan mereka ke atas negara yang lemah atau negara Dunia Ketiga.

            Selain itu, pasca-kolonial juga boleh dikaitkan dengan dekolonisasi di dalam buku The Wretched Of The Earth oleh Frantz Fanon. Pembahagian pusat di antara negara settler colonies dengan negara non-settler colonies. Sebagai satu negara yang dijajah , iaitu Afrika sendiri, penjajah telah memegang kawasan jajahannya mengikut apa yang telah di rancang dan corak penjajahannya. Rahimah A. Hamid (2010: 85) mengatakan di negara-negara seperti Algeria, Kenya, Zimbabwe dan Vietnam, tindakan dekolonisasi disifatkan berlaku secara ganas dan kejam. Perkara ini bersangkutan juga di negara Afrika yang lain seperti di Ghana.
            Disebabkan hal tersebut memungkinkan penduduk yang dijajah merasa takut dan terpaksa mengikut rentak penjajah yang telah menjajah mereka. Penjajah yang berlagak dan merasakan mereka hebat telah memupuskan budaya dan identiti penduduk tempatan dengan memasukkan ideologi kolonial mereka.
            Seterusnya, (Mishra dan Hodge, 1994: 284) (dalam buku Rahimah A. Hamid) menyatakan bahawa pasca-kolonial adalah difokuskan kepada karya-karya berbentuk tentangan yang lahir di negara-negara bekas tanah jajahan selepas merdeka. Buktinya, terdapat pelbagai karya dalam pelbagai genre yang menunjukkan kebangkitan rakyat tempatan terhadap penjajah dan menghargai pejuang-pejuang mereka di dalam membebaskan diri daripada penjajahan orientalism dan kolonialisme barat.
            Terdapat pelbagai cara penjajah barat untuk memasukkan ideologi kolonial terhadap bangsa yang di jajah. Antaranya adalah daripada bahasa. Mereka amat mementingkan bahasa Inggeris di dalam pembelajaran anak-anak bangsa dijajah. Di dalam pembelajaran mereka menerapkan sistem kolonial di mana bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi pembelajaran. Hal ini juga bertepatan bagi penulis-penulis yang lain yang mendapat pendidikan barat seperti Kwesi Brew, Abdul Adan dan Léopold Sédar Senghor. Contohnya, Ngugi Wa Thiong’o ( 1986: 12) menceritakan bahawa bahasa Inggeris menjadi salah satu bahasa yang dipandang tinggi oleh sesiapa yang dapat menguasainya. 
            Teori ini memberi perhatian kepada apa yang disebut budaya pribumi yang merupakan budaya tertindas dari kuasa kolonialisme, juga teori ini berkaitan dengan perwakilan bangsa, etnik dan pembentukan negara-bangsa (Yani Kusmarni). Menurut Edward Said, orientalisme merupakan gaya Barat untuk mendominasi, mengambil kembali dan menguasai Timur. Orientalism juga adalah titik permulaan untuk pasca-kolonial berkembang daripada penduduk yang dijajah. Oleh itu, kami akan huraikan di dalam analisis karya pada berikutnya bagaimana pasca-kolonial dapat di bangkitkan oleh penduduk tempatan terhadap penjajah.

No comments:

Post a Comment